Saturday, 28 July 2018

CEGAH PENYAKIT HFMD DENGAN 5 BAHAN DARI PRODUK SHAKLEE

      CEGAH PENYAKIT TANGAN, KAKI, MULUT (HFMD)
           DENGAN 5 BAHAN DARI PRODUK SAHKLEE



     Sekarang kita dikejutkan dengan penyakit HFMD (Hand, Foot And Mouth Disease) atau dikenali juga dengan penyakit tangan, kaki dan mulut. Penyakit  ini, selalu nya dijangkiti atau dihidapi oleh kanak-kanak kecil. Penyakit ini berpunca dari jangkitan virus yang dikenali sebagai enterovirus. Ia merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) atau merebak melalui sentuhan pada permukaan objek seperti alatan permainan yang tercemar virus.

Tempat-tempat yang terbuka atau awam seperti taman permainan, taska, pusat membeli belah adalah tempat yang mudah merebaknya jangkitan virus HFMD. Individu yang dijangkiti penyakit tersebut, akan mengalami demam, ruam melepuh pada kaki, tangan atau ulser pada mulut dan lidah. Ia juga akan mengalami muntah, cirit-birit dan kurang selera makan.

Jika ada anak-anak yang terkena virus ini, ibu bapa perlu utamakan kebersihan. Ibu bapa seharusnya meningkatkan kebersihan diri dan persekitaran serta mengamalkan tabiat mencucui tangan dengan air dan sabun sebelum menyentuh anak-anak, sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis anak-anak.

Anak yang terkena virus ini, perlu dikuarantinkan, elakkan daripada membawa pesakit HFMD ke tempat awam agar virus tersebut tidak merebak. Kerapkan bawa pesakit berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan. Ajar anak-anak untuk menutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan jika bersin dan batuk. Cuci semua permainan anak dengan agen pembasmi kuman serta elakkan perkongsian peralatan peribadi seperti tuala, sudu dan sebagainya.

Selain itu, anda juga boleh menghindarkan virus dari terus merebak ke dalam rumah atau kepada diri sendiri dengan menggunakan bahan-bahan pencuci pembasmi kuman yang tidak merbahayakan. Disini Nur akan perkenalkan 5 bahan dari produk shaklee untuk mencegah penyakit HFMD dari terus merebak. 

1- Mandian GENTLE WASH SHAKLEEBABY

Mengandungi chamomile, lavender dan aloe vera organik. Mandian yang lembut ini menenteteramkan, menenangkan dan melegakan kulit. Mempunyai PH yang seimbang dan diuji untuk sensitiviti. Selamat digunakan kerana ia sangat lembut untuk elakkan keradangan, baunya yang menyenangkan dan tidak memedihkan mata.

2- NUTRIFERON
Membantu mempercepatkan penyembuhan dengan cara kuatkan sistem imun. Ia juga berkesan dalam memerangi virus serta mengurangkan jangkitan dan sebarang ketidak
selesaan.

3- HERBAL BLEND
Merupakan krim pelbagai guna yang menggunakan 4 campuran herba iaitu Sage, Horse chestnut, Yarrow dan Rosemary. Herbal blend ini berkesan dalam merawat  masalah kulit gatal, menghilangkan ruam pada bayi, menghilangkan parut serta boleh digunakan sebagai losyen harian kerana tidak berminyak, nyaman dan selesa.

4- BASIC H
Merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh shaklee. Sesuai digunakan untuk kegunaan membasuh dan mencuci di rumah. Boleh digunakan untuk mencuci puting botol susu, mencuci barang-barang mainan, alatan-alatan memasak dan juga boleh digunakan untuk mencuci tangan, kaki serta badan dari kotoran. Jadi ia sangat sesuai untuk mencegah virus di rumah dan memberikan kuasa pembersihan yang selamat.

5- GET CLEAN FRESH LAUNDRY
selain penjagaan cucian alatan diumah, mandian atau krim anda perlu juga ambil berat pada penjagaan pembasuhan pakaian. Kuman-kuman juga boleh merebak pada pakaian. Jadi gunakan Fresh laundry untuk cucian pakaian anda. Ia bebas toksik, bebas klorin, PH seimbang dan ia lembut pada tangan. Jadi bila kita memakai pakaian yang dibasuh menggunakan Fresh laundry jangan risau kerana ia tidak akan memberikan masalah pada kulit seperti ruam, alergik atau gatal-gatal.

    Nur sudah kongsikan 5  bahan untuk kita mencegah kuman dari merebak. Sayangilah anak-anak kecil kerana jika mereka dijangkiti penyakit HFMD ini, mereka akan derita kesakitan dan hilang selera makan serta boleh menyebabkan lemah badan dan tidak bermaya. Jadi Nur berharap agar ibu bapa semua perlu menitik beratkan hal kesihatan dan kebersihan diri serta keluarga. Sayangilah anak-anak hindarkan mereka dari terkena jangkitan pelbagai penyakit. Elakkan anak-anak dari terkena HFMD.

Jika anda berminat dengan produk Shaklee, boleh layari :-
                                   Facebook : Nur Farihah II
                                   Instagram : nur_farihah89 atau layari
                                   Blog : www.nurfarihahaz89.blogspot.com

ATAU contact Nur di numbor yang tertera :-
                    018-7726988

No comments:

Kenapa protein berasaskan tumbuhan menjadi pilihan yang lebih baik

                               KENAPA PROTEIN BERASASKAN TUMBUHAN MENJADI                                                         PILIHAN  ...