Monday 11 June 2018

Kebaikan dan Fungsi Herbal Blend Shaklee

                              KETAHUI KEBAIKAN DAN FUNGSI 
    MENGGUNAKAN HERBAL BLEND CREAM SHAKLEE 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selalu itu, entry Nur tentang vitamin, collagen, penjagaan kesihatan dan kecantikan sahaja. Kali ini, Nur akan kongsi kan kepada semua tentang krim serbaguna yang boleh membantu masalah anak-anak anda yang mengalami alahan, gigitan serangga, ruam, eczema dan sebagainya. Semestinya ia adalah krim Herbal Blend Shaklee.

      Herbal Blend Shaklee merupakan krim yang boleh digunakan bagi sesiapa yang ada masalah kulit. Ia juga boleh dikenali sebagai krim untuk hilangkan ruam anak. Ia terbukti selamat dan berkesan untuk digunakan kerana bebas paraben dan steroid. Diperbuat dari shea butter. Shea butter ini, selamat digunakan keatas bayi kerana ia bebas toksin dan cukup lembut untuk kulit bayi yang sensitif. Sesetengah orang yang mengalami masalah kulit, seringkali kegatalan pada kulit dan akan garu sentiasa untuk menghilangkan kegatalan tersebut sehingga kulit melecet, luka dan pedih jika terkena air sesuai sangat menggunakan krim ini.

                 BAHAN-BAHAN UTAMA DALAM HERBAL BLEND SHAKLEE

 
                           KELEBIHAN HERBAL BLEND SHAKLEE UNTUK KULIT 

* Sesuai digunakan oleh bayi, kanak-kanak mahupun orang dewasa kerana krim ini berasa
  dingin apabila disapu di bahagian yang bermasalah.
* Di ekstrak dari bahan semulajadi seperti Sage, Horse Chestnut, Yarrow dan Rosemary.
* Krim tersebut mudah meresap ke dalam kulit selepas disapu.
* Boleh digunakan sebagai losyen harian atau untuk tujuan mengurut kerana ia tidak 
  melekit dan berminyak.
* Ia juga mudah dibawa kemana-mana sahaja kerana ia didalam bentuk tiub.
* Aroma nya yang menyenangkan dan dijamin Halal.

                                          FUNGSI HERBAL BLEND SHAKLEE
  1. Melembutkan kulit / tumit kasar @ pecah
  2. Merawat ruam susu / ruam panas / ruam lampin / muka / kepala 
  3. Menghilangkan luka dan merawat eczema
  4. Melegakan gigitan serangga / nyamuk
  5. Merawat kulit gatal
  6. Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox
  7. Krim urut badan lenguh
  8. Merawat kesan luka melecur
  9. Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat
  10. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
  11. Losyen harian untuk kulit kering
  12. Baik untuk demam (Disapukan pada sendi-sendi badan keatas orang yang demam kerana ia dapat membantu menurunkan suhu badan dari luaran)
  13. Membuang angin pada perut bagi memberi keselesaan pada perut anda
  14. Membuang selulit serta memecahkan lemak berlebihan.  

             SIAPA YANG SESUAI MENGGUNAKAN HERBAL BLEND SHAKLEE
  1. Bayi
  2. lelaki mahupun wanita 
  3. Pesakit Ekzema ( masalah kulit )
  4. Bakal ibu yang bakal menimang cahaya mata / bayi
  5. Mereka yang mahu kempiskan perut buncit dan berlemak
  6. Mereka yang mahukan kulit sentiasa cantik dan lembut
  7. Mereka yang sering demam
  8. Kanak-kanak yang sering berkudis dan gatal-gatal badan
  9. Warga emas
  10. Mereka yang mempunyai masalah demam campak, alahan dan sebagainya
     MAKLUM BALAS / TESTIMONI PELANGGAN TENTANG HERBAL BLEND
 






 
 Cara menggunakan Herbal Blend Shaklee

Setiap botol mengandungi kuantiti 4oz atau 113gram. Produk ini adalah untuk kegunaan luaran sahaja. Jadi kepada ibu bapa sila simpan ia di tempat yang tinggi dan selamat agar tidak mudah dicapai oleh anak-anak. Sebelum menggunakan nya, sila bersihkan dahulu tempat luka yang ingin disapu krim tersebut. Kemudian sapu krim tersebut di bahagian luka dengan perlahan-lahan dan biarkan sahaja sehingga krim tersebut meresap kedalam kulit.
 
Jadi krim ini, sepatutnya mesti ada di setiap rumah kerana ia sangat bermanfaat untuk semua. Kepada pembaca sekalian yang masih belum mencuba dan ingin mencuba Herbal Blend shaklee ini, boleh terus hubungi Nur..
 
                                     Pengedar Shaklee sekitar Ipoh, Perak
 
                                      Sms / Whatsapp / Telegram : 013-5048258
                                      Facebook  : Nur Farihah II
                                      Instagram  : nur_farihah89
                                         Blog  : www.nurfarihahaz89.blogspot.com
 
 
 

Kenapa protein berasaskan tumbuhan menjadi pilihan yang lebih baik

                               KENAPA PROTEIN BERASASKAN TUMBUHAN MENJADI                                                         PILIHAN  ...