Tuesday, 31 July 2018

7 Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Complex Yang Ramai Tidak Tahu

        7 KEBAIKAN DAN KELEBIHAN ALFALFA COMPLEX

                              YANG RAMAI TIDAK TAHU
APA ITU ALFALFA COMPLEX??

Mungkin ada yang tahu tentang suplement Alfalfa dari produk Shaklee ni kan. Mungkin ada yang tidak pernah tahu. Disini, Nur akan terangkan sedikit tentang kebaikan dan fungsi Alfalfa Complex ni.

Alfalfa Complex ini sejenis tumbuhan yang tidak asing lagi di kalangan penduduk dunia. Ia diperbuat daripada tanaman alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan baja bebas kimia.

Tumbuhan ini mengambil masa sekurangkan 2 tahun untuk membesar dan akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter kebawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.
Alfalfa digunakan sebagai alternatif dalam merawat pelbagai penyakit seperti bengkak, sakit sendi, sakit ulu hati, sinus, alahan, gout, bau badan, meneutralkan asid dalam badan, tiada selera makan, ulser dan banyak lagi kerana ia kaya dengan kandungan nutrisi. Ia juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan"


APA VITAMIN DAN MINERAL YANG TERDAPAT DIDALAM ALFALFA?

1-Vitamin Auntuk penglihatan, Membina ketahanan daripada jangkitan, menggalakkan pertumbuhan sel
2. Vitamin E -  melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran, matahari dan pencemaran udara, 
                           kesihatan jantung, membantu menguatkan dinding pembuluh darah, membantu fokus mata
3. Vitamin U - menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik
4. Vitamin B6 -Menggalakkan kesihatan saraf dan kulit, membantu mengurangkan loya 
5. Vitamin K - Penting bagi pembekuan darah, penting dalam fungsi hati, menyumbang kepada kecergasan 
6. Vitamin D - Mengawal penggunaan kalsium dan fosforus didalam badan untuk pembentukan gigi dan 
                           tulang yang sihat  

1- Kalsium -   Membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan, membina dan mengekalkan tulang
                         dan gigi, mengawal rentak jantung, melegakan saraf
2-Zat Besi -    Diperlukan dalam pembinaan hemoglobin, membantu pengangkutan oksigen didalam darah
3-Kalium -     Keperluan bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim serta untuk digests lemak
4-Fosforus-   Meningkatkan peranan tisu saraf, diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi
5-Klorin(Klorida)- Elektrolik penting yang membersihkan dan menyucikan badan, mengawal metabolisma
                                    lemak, gula dan kanji
6- Sodium -  Mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut, meneutralkan asid, mengawal keseimbangan cecair di
                       seluruh badan
7-Silikon Magnesium- Merangsang fungsi otak, membantu menangani sembelit, ketahanan saraf

APA KEBAIKAN DAN KELEBIHAN YANG TERDAPAT PADA ALFALFA COMPLEX??

* Mencuci hati, darah dan usus- ia adalah makanan beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dalam badan, membersihkan hati, darah dan mencantikkan kulit.

* Mencegah / merawat atritis - Melegakan sakit atritis dan kesakitan

* Melegakan Keletihan - Dapat membantu menghilangkan kelesuan / keletihan dan tekanan

* Melawan Tumor - Jika memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dapat membantu memperbaiki sel-sel kanser dan tumor

* Melawan Alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif ,kurap, bau badan dan ulat air yang berkesan

* Menyingkirkan Lemak Dan Kolestrol - Penggunaan jangka panjang daripada Alfalfa, akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Mengandungi saponin seperti span  yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol

* Membantu Perubahan Patologi di Dalam Usus dan Perut -  Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastrik, hepatitis, sembelit dan hyperasiditi.
  
Sebenarnya Alfalfa ini, banyak kebaikan nya. Lain-lain kebaikan adalah :-

* Memulihkan urat selepas bersalin
* Meningkatkan stamina lelaki
* Milk booster
* Memberi kelegaan semasa period
* Membantu merawat Athma
* Melegakan sakit-sakit sendi dan belakang
* Membantu masalah keputihan pada wanita
* Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
* Mencuci usus bagi membuang toksik
* Membesar dan menegangkan payudara


Dibawah adalah testimoni-testimoni dari pengguna yang mengamalkan Alfalfa Complex Ini. Kesan dari pengambilan adalah sangat membantu menyelesaikan pelbagai masalah. Antaranya adalah : 



  Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk shaklee boleh hubungi Nur di talian 018-7726988. Insyaallah saya akan cuba membantu anda. ATAU

Layari  Facebook :  Nur Farihah II
           Instagram :  nur_farihah89
               Blog      : www.nurfarihahaz89.blogspot.com  
 

Sunday, 29 July 2018

IKUTI 5 TIPS BAKAR LEMAK UNTUK KURUS DENGAN SUPLEMENT SHAKLEE

  JOM IKUTI 5 TIPS CARA BAKAR LEMAK UNTUK KURUS 
                        DENGAN SUPLEMENT SHAKLEE



Kebanyakan rakyat Malaysia memiliki saiz badan yang besar. Yela, sebab malaysia kan kaya dengan makanan yang sedap dan tempat makanan yang menarik. Jadi bila kita dapat menikmati makanan yang sedap, mungkin kita lupa ia akan membuatkan berat badan akan naik dan terus naik.

Bila dah naik berat badan, gemuk mula la risau, macam mana nak kurus, macam mana nak diet. Mula la ada yang diet dengan cara tidak betul. Kalau kita diet dengan cara tidak betul atau diet tak seimbang, boleh mengundang penyakit juga. Ada setengah yang terlampau berdiet, tak sentuh langsung nasi, air manis tak minum, cuba control pemakanan. Tapi itu bukan caranya, sebab dengan cara diet yang tak seimbang boleh menyebabkan metabolisma badan menurun, kekurangan protein badan akan jadi lemah, tak bermaya serta boleh terjadinya gastrik.

Ada juga sesetengah orang yang tidak kisah dengan berat badan. Mungkin ada yang berfikir tak kisah bila berat badan naik, gemuk. Makan apa sahaja tanpa memikir kan masalah yang akan timbul kelak. Tapi anda semua tahu tak risiko yang akan dihadapi jika berat badan terlampau mendadak naik. Boleh menghidapi penyakit yang berbahaya seperti diabetis, kencing manis, kolestrol tinggi boleh menyebabkan sakit jantung.

CARA-CARA UNTUK KURUS DAN BAKAR LEMAK DEGIL

1- Setkan minda untuk kurus
2- Pelajari ilmu tentang kalori
3- Makan dalam kuantiti yang kecil
4- Elakkan makan pada waktu malam
5- Elakkan makanan dan minuman yang bergula / bergas
6- Tukar kepada makanan yang rendah lemak
7- Banyakkan makan buah-buahan
8- Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.
9- Lakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti berjoging, bersenam, banyakkan berjalan agar banyak menggunakan tenaga untuk keluarkan peluh.
10- Jaga emosi, jauhi stress

Selain itu, anda juga boleh membakar lemak untuk kurus dengan hanya memakan suplement. Disini Nur akan kongsikan 5 suplement shaklee untuk membakar lemak dan kelihatan kurus tanpa berdiet. 

1- HERB LAX
Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya dapat membantu menyingkirkan toksin dari usus. Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Selain itu, ia membantu masalah sembelit serta merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.

2- PEPPERMINT GINGER SHAKLEE
Mempunyai gabungan kombinasi 4 herba dari barat dan timur. Terdiri daripada halia, pudina, jintan manis dan bunga lawang. Peppermint ginger membantu membuang angin lebihan dalam usus. Ia juga dapat membantu mengurangkan rasa sakit pada abdominal dan kembung perut akibat angin atau salah makan.

3- ALFALFA COMPLEX
Memounyai 1001 khasiat yang juga merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Ia dapat membantu dalam merawat masalah sembelit, masalah penghadaman serta dapat mengurangkan masalah gastrik. Ia sangat sesuai dijadikan sebagai detox kerana membantu dalam menyahkan toksik dalam tubuh.

4- DTX COMPLEX
Mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik, ekstrak daripada schizandra dan cendawan reishi (herba yang kaya dengan antioksida), dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu). Ia membantu dalam merendahkan paras gula dalam darah. Penting untuk metabolisma lemak serta merembeskan jus hemperdu ke dalam usus kecil untuk mencernakan lemak.

5- LECITHIN
Diekstrak daripada kacang soya organik. Fungsi nya adalah untuk mengemulsi atau memecahkan lemak terutama kolestrol. Ia akan membakar lemak dengan lebih cepat jika disertakan dengan senaman. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak dapat mempercepatkan pembakaran lemak serta mendapat kesan perlangsingan yang seimbang. Bukan itu sahaja, ia mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan darah serta membantu mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol.

Ok, setakat ini Nur kongsikan tentang 5 tips menggunakan suplement untuk bakar lemak dan ingin kelihatan kurus, langsing. Bukan apa, jika lemak terhindar dari terkumpul dalam badan, ia akan dapat mengurangkan risiko untuk hidapi penyakit yang berbahaya serta badan kita akan jadi ringan dan mudah bergerak dengan pantas ke mana sahaja.

Jika anda berminat tentang produk shaklee atau tentang apa sahaja pasal suplement shaklee boleh contact Nur di talian :-
018-7726988

ATAU LAYARI BLOG NUR
www.nurfarihahaz89.blogspot.com

Saturday, 28 July 2018

CEGAH PENYAKIT HFMD DENGAN 5 BAHAN DARI PRODUK SHAKLEE

      CEGAH PENYAKIT TANGAN, KAKI, MULUT (HFMD)
           DENGAN 5 BAHAN DARI PRODUK SAHKLEE



     Sekarang kita dikejutkan dengan penyakit HFMD (Hand, Foot And Mouth Disease) atau dikenali juga dengan penyakit tangan, kaki dan mulut. Penyakit  ini, selalu nya dijangkiti atau dihidapi oleh kanak-kanak kecil. Penyakit ini berpunca dari jangkitan virus yang dikenali sebagai enterovirus. Ia merebak melalui sentuhan secara langsung dengan air liur, cecair hidung, cecair lepuh (blister) atau merebak melalui sentuhan pada permukaan objek seperti alatan permainan yang tercemar virus.

Tempat-tempat yang terbuka atau awam seperti taman permainan, taska, pusat membeli belah adalah tempat yang mudah merebaknya jangkitan virus HFMD. Individu yang dijangkiti penyakit tersebut, akan mengalami demam, ruam melepuh pada kaki, tangan atau ulser pada mulut dan lidah. Ia juga akan mengalami muntah, cirit-birit dan kurang selera makan.

Jika ada anak-anak yang terkena virus ini, ibu bapa perlu utamakan kebersihan. Ibu bapa seharusnya meningkatkan kebersihan diri dan persekitaran serta mengamalkan tabiat mencucui tangan dengan air dan sabun sebelum menyentuh anak-anak, sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis anak-anak.

Anak yang terkena virus ini, perlu dikuarantinkan, elakkan daripada membawa pesakit HFMD ke tempat awam agar virus tersebut tidak merebak. Kerapkan bawa pesakit berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan. Ajar anak-anak untuk menutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan jika bersin dan batuk. Cuci semua permainan anak dengan agen pembasmi kuman serta elakkan perkongsian peralatan peribadi seperti tuala, sudu dan sebagainya.

Selain itu, anda juga boleh menghindarkan virus dari terus merebak ke dalam rumah atau kepada diri sendiri dengan menggunakan bahan-bahan pencuci pembasmi kuman yang tidak merbahayakan. Disini Nur akan perkenalkan 5 bahan dari produk shaklee untuk mencegah penyakit HFMD dari terus merebak. 

1- Mandian GENTLE WASH SHAKLEEBABY

Mengandungi chamomile, lavender dan aloe vera organik. Mandian yang lembut ini menenteteramkan, menenangkan dan melegakan kulit. Mempunyai PH yang seimbang dan diuji untuk sensitiviti. Selamat digunakan kerana ia sangat lembut untuk elakkan keradangan, baunya yang menyenangkan dan tidak memedihkan mata.

2- NUTRIFERON
Membantu mempercepatkan penyembuhan dengan cara kuatkan sistem imun. Ia juga berkesan dalam memerangi virus serta mengurangkan jangkitan dan sebarang ketidak
selesaan.

3- HERBAL BLEND
Merupakan krim pelbagai guna yang menggunakan 4 campuran herba iaitu Sage, Horse chestnut, Yarrow dan Rosemary. Herbal blend ini berkesan dalam merawat  masalah kulit gatal, menghilangkan ruam pada bayi, menghilangkan parut serta boleh digunakan sebagai losyen harian kerana tidak berminyak, nyaman dan selesa.

4- BASIC H
Merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh shaklee. Sesuai digunakan untuk kegunaan membasuh dan mencuci di rumah. Boleh digunakan untuk mencuci puting botol susu, mencuci barang-barang mainan, alatan-alatan memasak dan juga boleh digunakan untuk mencuci tangan, kaki serta badan dari kotoran. Jadi ia sangat sesuai untuk mencegah virus di rumah dan memberikan kuasa pembersihan yang selamat.

5- GET CLEAN FRESH LAUNDRY
selain penjagaan cucian alatan diumah, mandian atau krim anda perlu juga ambil berat pada penjagaan pembasuhan pakaian. Kuman-kuman juga boleh merebak pada pakaian. Jadi gunakan Fresh laundry untuk cucian pakaian anda. Ia bebas toksik, bebas klorin, PH seimbang dan ia lembut pada tangan. Jadi bila kita memakai pakaian yang dibasuh menggunakan Fresh laundry jangan risau kerana ia tidak akan memberikan masalah pada kulit seperti ruam, alergik atau gatal-gatal.

    Nur sudah kongsikan 5  bahan untuk kita mencegah kuman dari merebak. Sayangilah anak-anak kecil kerana jika mereka dijangkiti penyakit HFMD ini, mereka akan derita kesakitan dan hilang selera makan serta boleh menyebabkan lemah badan dan tidak bermaya. Jadi Nur berharap agar ibu bapa semua perlu menitik beratkan hal kesihatan dan kebersihan diri serta keluarga. Sayangilah anak-anak hindarkan mereka dari terkena jangkitan pelbagai penyakit. Elakkan anak-anak dari terkena HFMD.

Jika anda berminat dengan produk Shaklee, boleh layari :-
                                   Facebook : Nur Farihah II
                                   Instagram : nur_farihah89 atau layari
                                   Blog : www.nurfarihahaz89.blogspot.com

ATAU contact Nur di numbor yang tertera :-
                    018-7726988

Kenapa protein berasaskan tumbuhan menjadi pilihan yang lebih baik

                               KENAPA PROTEIN BERASASKAN TUMBUHAN MENJADI                                                         PILIHAN  ...