HANYA DENGAN DETOX SHAKLEE
Hari ini, Nur nak kongsi kan kepada pembaca semua tentang Detox Shaklee.. Mengapa perlu berdetox?? Apa keistimewaan nya berdetox?? Kalau semua nak tahu detox ni bukan sahaja untuk menguruskan badan malah untuk kesihatan juga tau.. Memberikan kita sentiasa rasa bertenaga dan cergas dalam melakukan sesuatu kerja. Semua nya tentang manfaat berdetox Nur akan huraikan disini.
Mengapa Perlu Detox?
Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, dan tekanan hidup. Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit.
Apa itu Toksin?
Toksin adalah bahan beracun dari dalam badan sendiri atau faktor luaran yang tak perlu ada pun dalam badan kita, yang hanya menunggu masa untuk merosakkan badan dan malah boleh menjadi punca pada penyakit serius seperti kanser, gout, masalah penghadaman, hati dan juga masalah kesuburan.
Simptom Toksin Berlebihan Dalam Badan
- Sering keletihan, berasa lesu dan tidak bertenaga
- Daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
- Emosi yang bercelaru, kemurungan
- Tidur tidak berkualiti, insomnia
- Sembelit atau cirit-birit yang kerap
- Masalah-masalah kulit; jerawat, akne, ekzema, psoriasis
- Kulit yang pudar dan tidak bermaya
- Rasa gatal, alahan, ekzema
- Radang pada kulit
- Kuku dan rambut yang rapuh
- Badan dan nafas berbau
- Sakit kepala yang kerap dan berulang
- Sakit leher , bahu , sendi dan otot
- Peredaran darah yang lemah
Individu yang mendapati tubuh mereka mengandungi banyak toksin serta berat badan yang semakin meningkat dan sukar turun, dinasihatkan perlu jalani proses detox ini secara perlahan-lahan dan teratur. Sebab itu kita perlu berdetox untuk membuang toksin-toksin yang berada di dalam badan kita.
7 Manfaat Detox:
- Menurunkan Berat Badan
- Kolon Lebih Sihat
- Meningkatkan Tenaga
- Mengawal Nafsu Makan
- Kulit Lebih Cantik
- Menguatkan Sistem Imun
- Tidur Lebih Lena
Shaklee menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan badan anda daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus anda dan banyak lagi.
Kebaikan Set Detox Shaklee yang tidak ada pada diet dan program kurus lain :
– Program Detox membantu kita buang toksin seterusnya jadi lebih sihat, bertenaga dan fokus.– Menurunkan simptom dan risiko penyakit merbahaya.
– Boleh diamalkan oleh ibu menyusu dengan meal plan tersendiri.
– Mengurangkan craving terhadap benda manis dan makan banyak seperti biasa walaupun sudah selesai
Detox 7 hari
– sesi detox yang pendek sahaja, hanya 7 hari dan sudah dapat merasakan perubahan yang positif.
– sistem penghadaman yang lebih baik.
– nafas lebih segar dan tidak berbau jika anda mengalami masalah nafas berbau.
– kulit lebih segar dan tidak lesu.. serta banyakkk lagi.
– bonus : BERAT pasti TURUN !
KELEBIHAN MEMILIH SET DETOX SHAKLEE
* Semua bahan supplemen yang direkomenkan adalah bersumberkan semulajadi dan terbukti sihat, selamat dan berkesan.
* Semua supplemen adalah sesuai untuk sesiapa saja dan menu makan ( MEAL PLAN DETOX SHAKLEE ) adalah sesuai untuk semua dan boleh diolah mengikut citarasa individu.
JOM KENALI SET DETOX SHAKLEE INI :~
1) Vivix
Vivix diformulakan dengan anggur Muscadine. Anggur Muscadine adalah sejenis polyphenol yang tinggi antioksida dan energy booster yg sangat hebat. Semasa detox, Vivix membantu memberi tenaga pada sel untuk membaik pulih kesan toksin yang merosakkan badan dan beri tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih efisyen.
2) Alfalfa Complex
Daun Alfalfa tinggi nutrien kerana akarnya yang panjang dan dalam, dapat menyerap pelbagai mineral. Alfalfa membantu melawan keasidan ( asid ) yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut membantu menurunkan berat badan. Kandungan klorofil dan nutrisi dalam Alfalfa Complex menjadikannya diuretik semulajadi iaitu agen penyahtoksin sejak turun temurun. Alfalfa juga bantu tingkatkan sistem penghadaman dan mengurangkan bau badan.
3) Dtx Complex
DTX Shaklee mengandungi milk thistle. Milk thistle ni memang sejak turun temurun digunakan secara semulajadi untuk detox hati dan terkenal sebagai TONIK HATI. Ia adalah agen detoksifikasi untuk hati. Ia melindungi hati daripada toksin, racun dan bahan kimia. Kandungan toksin yang banyak pada tubuh boleh mengganggu kadar penyerapan nutrien pada tubuh, DTX Complex membantu meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi. DTX Complex juga mampu memperlahankan pembentukan toksin. Kepada individu yang ada masalah sembelit juga boleh mengambil DTX Complex sebagai ikhtiar kerana ia bertindak sebagai julap lembut.
4) Herb-Lax
Herb Lax mengandungui daun senna yang berfungsi untuk mengelakkan sembelit kerana sangat bagus untuk kesihatan usus dan lancarkan sistem pencernaan. Semasa Detox Program, usus yang sesak dengan toksin dan bahan lain yang menyekat pergerakan usus akan cuba disingkirkan. Selain daun senna, herblax juga mengandungi herba-herba terpilih untuk membantu pelawasan, elak sembelit dan meningkatkan kesihatan usus.
Individu yang mengalami masalah perut buncit juga digalakkan untuk mengambil Herb-Lax, dengan aturan yang betul inshaAllah anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
5) Peppermint Ginger Plus
Seperti namanya, dalam Peppermint Ginger Plus, ada daun pudina dan halia. Khasiatnya dapat menghilang angin dan kembung perut. Selain pudina dan halia, dalam Peppermint Ginger Plus juga ada jintan manis dan bunga lawang yang nyaman dan melegakan perut. Kandungan dalam supplemen ini mengurangkan angin di usus dan perut dan melancarkan proses penghadaman. Kalau orang yang sering mual dan loya pun sangat direkomenkan ambil supplemen Peppermint Ginger Plus ni.
Banyak testimonial hebat dan perubahan peningkatan kesihatan selepas tamat detox selama 7 hari bersama supplemen Shaklee.
Testimoni yang Pertama
Testimoni yang Kedua
Testimoni yang Ketiga
Testimoni yang Keempat
Testimoni yang Kelima
Testimoni yang Keenam
Dari semua testimoni-testimoni yang Nur kongsikan, mesti ada yang bertambah yakin nak buat detox kan. Jadi tunggu apa lagi.. Tak payah beli pil kurus yang mahal-mahal yang kita tidak tahu apa ramuan didalamnya dan kesan sampingan yang dihadapi masa akan datang. Dengan set detox shaklee ini,anda tidak perlu takot dan risau kerana ramuannya semua dari sumber yang semulajadi dan selamat digunakan. Jika berminat tentang produk shaklee dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Nur di talian:~
013-5048258 (Whatsapp/ Telegram)
Fb : Nur Farihah II
Instagram : nur_farihah89
atau layari blog Nur : www.nurfarihahaz89.blogspot.com
No comments:
Post a Comment