Thursday, 17 May 2018

Kekal Bertenaga Dibulan Puasa dengan set berpuasa shaklee

                KEKAL BERTENAGA DI BULAN PUASA DENGAN
                         PERFORMANCE DRINK DAN ESP


Pejam celik, pejam celik dah kita masuk dalam bulan Ramadhan. Rasa baru je sangat bulan ramadhan pergi kini kembali lagi. Cepat sangat masa berlalu kan.. Sudah bersedia ke nak tempuh bulan Ramadhan selama sebulan ini?? 

Disini Nur nak kongsikan sedikit macam mana kita nak kekal cergas dan bertenaga di bulan puasa ini. Nur akan perkenalkan SET BERPUASA SHAKLEE yang pastinya akan memberikan pengalaman puasa yang berbeza dari sebelum ini. Badan akan berasa lebih cergas dan lebih sihat ketika berpuasa. 

Bagi yang ada masalah kesihatan seperti gastrik, mengalami masalah keletihan yang melampau, bagi ibu-ibu yang mengandung dan menyusu memerlukan tenaga yang lebih Nur akan kongsikan suplement terbaik untuk mengelakkan gastrik dan mengekalkan tenaga berpanjangan semasa berpuasa.


    Set ini juga mudah dan cepat disediakan, jadi sangat sesuai bagi mereka yang tak suka makan berat pada waktu pagi atau yang tidak sempat menyediakan makanan ketika bersahur kerana kelewatan bangun. 

Set Berpuasa Shaklee ni amat sesuai untuk:-
 

* Ibu-ibu hamil yang rasa tak bertenaga sepanjang berpuasa 
* Ibu-ibu menyusu yang risaukan susu kering ketika berpuasa 
* Individu yang menghidap gastrik 
* Kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke atas 
* Individu yang melakukan kerja berat 
* Warga Emas 
* Individu yang sangat aktif 
* Individu yang ingin memelihara tahap kesihatan sepanjang Bulan puasa     

Set Berpuasa Shaklee ini ada 2 jenis minuman berkhasiat iaitu ESP (Energizing Soy Protein), dan Performance Drinks. Mari Nur huraikan kepentingan kedua-dua suplement ini yang dapat membantu untuk kekal bertenaga di bulan puasa.

                                                                   ESP (Energizing Soy Protein)

Energizing Soy Protein ESP di hasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. Ia menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat di hasilkan oleh tubuh manusia.

Sumber proteinnya yang tinggi akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama. Juga sangat bagus untuk mereka yang ada masalah gastrik. Bagi breastfeeding mummies, ESP nie sangat membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu badan. 

Fakta Menarik Tentang Energizing Soy Protein (ESP)

* Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ, dari organ terhasilnya sistem.  Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
* Menyediakan 14 gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung.
* Setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
* Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
* Ia juga membantu kita melapik perut dan menahan rasa lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu ia sangat membantu mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati.  

                                                                 Performance Drink Shaklee

Minuman isotonik tanpa gas berperisa oren yang menyegarkan. Bagus untuk mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia boleh mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. Performance Drink menyeimbangkan proses kehilangan air dalam badan, jadi ia membuatkan badan kekal segar dan tidak mudah berasa dahaga. Digalakkan juga diambil semasa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.



Fakta Menarik Tentang Performance Drink 

* Mengandungi elektrolit yang bertindak untuk membawa glukosa (gula darah) dan nutrient yang lain ke dalam sel-sel badan kita agar kekal bertenaga walaupun terhidrat (berpeluh).
* Merupakan minuman ahli sukan kerana ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
* Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.
* Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
* Ia bukan saja untuk ibu menyusu / mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang bekerja di tengah panas. Kanak-kanak yang demam pun elok ambil sebab biasanya kanak-kanak bila demam memang tak ade selera nak makan minum. Ia boleh bantu cegah dehidrasi tersebut. 

   
Semoga dengan pengambilan Set Berpuasa Shaklee ini akan membuatkan badan anda bertenaga dan cergas untuk menjalani ibadah puasa selama sebulan. Inshaallah bila badan rasa lebih bertenaga, ibadah puasa juga boleh dilaksanakan secara sempurna.

    Jika ada sebarang pertanyaan tentang vitamin dan produk shaklee boleh terus hubungi Nur di talian 013-5048258. Sekiranya anda berminat ingin tahu lebih lanjut tentang fungsi dan kebaikan Vitamin shaklee boleh juga layari blog Nur di www.nurfarihahaz89.blogspot.com. 
  atau boleh juga lihat-lihat Instagram (nur_farihah89) dan facebook (Nur Farihah II) kerana disitu juga anda boleh melihat suplement shaklee yang dh diuploadkan untuk tatapan semua agar menjadikan anda yakin untuk menggunakan produk shaklee.

Semoga apa yang dikongsikan oleh Nur hari ini memberikan manfaat kepada anda semua. Agar puasa kita kali ini bertenaga dan diberkati hendaknya.
        

 
 



 

No comments:

Kenapa protein berasaskan tumbuhan menjadi pilihan yang lebih baik

                               KENAPA PROTEIN BERASASKAN TUMBUHAN MENJADI                                                         PILIHAN  ...