Saturday, 28 April 2018

Penjagaan kecantikan

                                           KETAHUI PUNCA DAN CARA 
                                  MENJAGA KECANTIKAN

     Sebut je pasal kecantikan semua wanita inginkannya.. Siapa yang tak nak cantikkan. Semua orang nak cantik tak kira wanita ataupun lelaki. Baik yang muda mahu pun yang berusia. Bila kulit muka nampak kusam, tona tak sekata, jerawat dan parut jerawat banyak mesti malu kan nak berhadapan dengan ramai orang.

      Bila tengok orang lain kulit muka cantik mula la kita rasa cemburu, iri hati dengan kecantikan orang tersebut. Bermacam-macam produk kita beli untuk nampak cantik. Berhabis duit beribu-ribu pergi spa la terapi la tapi tetap tidak berhasil juga. Last-last putus asa.. Give up.. Eh jangan mudah putus asa la.. ada jalan penyelesaian nya. Nur akan kongsikan tips untuk menjaga kecantikan.. Sebelum itu, kita ketahui punca-punca kulit berjerawat dan kusam.

PUNCA KULIT TAK SEKATA DAN BERJERAWAT

1) STRESS
     Stress ini faktor utama penyebab jerawat tumbuh di muka. Tahap stress yang tinggi boleh beri kesan kat muka dan menyebabkan radang jerawat yang teruk. Stress juga boleh menyebabkan kondisi kulit wajah berminyak dan kusam.

2) HORMON
    Masalah kulit kusam dan berminyak juga disebabkan perubahan hormon. Perubahan hormon biasanya dialami oleh masa usia remaja dan akil baligh dimana kalenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan sebum yang dikenali sebagai minyak kulit menjadikan wajah lebih berminyak dengan pengaruh dari hormon androgen.

3) TIDAK RUTIN MEMBERSIH MUKA
     Kebersihan muka yang tidak dijaga juga boleh menyebabkan jerawat. Ini kerana pencemaran seperti asap debu dan kotoran persekitaran yang melekat di wajah boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kusam dan berminyak. Setidaknya dalam sehari perlu mencuci wajah 2 kali pada waktu pagi dan malam.

4) GAYA HIDUP TIDAK SIHAT
     Antara punca lain adalah kerana amalkan gaya hidup tidak sihat. Kurangnya minum air putih juga boleh menyebabkan kulit muka kusam dan berminyak. Air putih memberikan nutrisi pada kulit serta melancarkan peredaran darah pada manusia. Untuk menghindar kulit kusam, seelok-elok nya meminum air putih 8 gelas sehari.

5) PEMAKANAN
    Makanan yang berlemak atau makanan yang kurang sihat boleh menghasilkan sebum secara berlebihan justeru boleh menyebabkan muka berjerawat. Seeloknya cuba elakkan makan makanan yang berminyak seperti makanan yang bergoreng.

6) PENGGUNAAN KOSMETIK YANG SALAH
     Untuk sebahagian besar wanita, make up adalah satu keperluan untuk digunakan setiap hari. Tetapi jika tersalah memilih produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya akan menyebablan kulit muka bermasalah. Sebab itu, jika ingin memilih produk kosmetik perlu tahu jenis kulit dahulu supaya tiada kesilapan dalam pemilihan produk.

7) KURANG TIDUR
    Tubuh memerlukan setidaknya 6 jam dalam sehari untuk berehat. Kurangnya berehat menyebabkan berbagai macam penyakit dan merosakkan kesihatan kulit. Apabila kurangnya tidur maka regenerasi sel kulit akan terganggu dan menyebabkan masalah kulit berminyak dan kusam.

8) MENYENTUH WAJAH DENGAN TANGAN YANG KOTOR
    Seringkali kita tidak sedar menyentuh wajah dengan tangan. Kita terlupa untuk membersihkan tangan terlebih dahulu sehingga bakteria dan kotoran yang ada ditangan berpindah ke kulit wajah.

9) KUMPULAN SEL KULIT MATI
     Sel kulit mati yang terdapat pada wajah dapat membuat kulit wajah terlihat lebih kusam dan gelap. Untuk mengatasi sel-sel kulit mati, anda perlu melakukan scrubbing wajah secara teratur sehingga kulit wajah lebih cerah dan bersinar.

10) KEKURANGAN VITAMIN
      Tubuh memerlukan vitamin untuk menjadikan kulit lebih sihat dan cerah. Kulit yang kekurang vitamin akan mengalami berbagai masalah, seperti kulit kusam dan berminyak.


Mesti tertanya-tanya macam mana ingin mencerahkan kulit wajah yang kusam dan berjerawat?? Disini Nur akan syorkan vitamin C Shaklee. Kenapa Vitamin C shaklee?? bukan vitamin c yang lain tidak elok tetpi vitamin C keluaran Shaklee ada banyak kebaikan dan fungsi tau..

 JIka kita amalkan memakan Vitamin C kulit kita akan jadi cerah, tona sekata, kulit terasa halus mulus.

FUNGSI VITAMIN C

* Untuk kesihatan kulit
* Perlindungan dari sinar matahari
* Meningkatkan produksi kolagen
* Mencegah perubahan warna kulit
* Menyembuh luka
* Mencerahkan kulit secara alami
* Mencegah strok
* Meningkatkan kesihatan mata
* Meningkatkan mood
* Menurunkan risiko terjadinya serangan jantung

 Kulit wajah yang kusam dan berminyak dapat membuatkan penampilan menjadi menurun, tidak yakin pada penampilan diri. Hindari penyebab kulit wajah menjadi kusam dan juga lakukan pencegahan untuk menghindar masalah kulit wajah kusam dan berjerawat. Semua wanita inginkan kecantikan. Jadi anda boleh mengubahnya tanpa perlu berbelanja yang banyak.

                                              Nur Agen Shaklee kawasan Ipoh

   Jika berminat boleh hubungi di :~
                                                   
                                                      Whatsapp / Telegram : 013-5048258
                                                           Fb : Nur Farihah II
                                                           Ig : nur_farihah89










                         

No comments:

Kenapa protein berasaskan tumbuhan menjadi pilihan yang lebih baik

                               KENAPA PROTEIN BERASASKAN TUMBUHAN MENJADI                                                         PILIHAN  ...