Tuesday, 24 April 2018

Penjagaan Kesihatan

                                   KETAHUI KEPENTINGAN PENJAGAAN
                                KESIHATAN PADA DIRI KITA

Untuk entry kali ini, Nur akan ceritakan kepada anda mengenai utamanya Kesihatan pada diri kita, Kenapa kita perlu utamakan Kesihatan?? Utamakan kesihatan ini, adalah perkara yang paling berharga di dunia. Tanpanya, semua perkara lain menjadi tidak bermakna. 

TAHAP KESIHATAN YANG BAIK 

Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik, sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan.


Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Jadikan aktiviti fizikal yang kerap dan teratur sebagai kompenan utama program pengurusan kesihatan anda untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh dan mengurangkan risiko penyakit kronik



Selain itu,  mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol. Pelan jadual pemakanan anda kerana pelan pemakanan sihat juga termasuk dalam pilihan menyihatkan yang menekankan kepada pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijian penuh dan produk susu bebas lemak atau rendah lemak.


MENSTABILKAN KESIHATAN MENTAL DAN MENGURANGKAN TEKANAN

Gaya hidup sihat juga adalah salah satu kepentingan menjaga kesihatan yang menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda.

Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolisma juga dapat dijalankan dengan lancar. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan bayi, vandalisme dan sebagainya.

MENDISIPLINKAN MASYARAKAT

 Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya contohnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni.

HUBUNGAN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI DENGAN MENJAGA KESIHATAN

Kebersihan dan kesihatan mempunyai hubungan yang sangat kuat, dengan menjaga kebersihan diri, anda sebenarnya telah menjaga kesihatan anda. Seperti yang kita tahu, apabila kita menjaga kebersihan diri, pelbagai penyakit dapat dijauhi dan dihindari. Kita juga boleh mengamalkan suplemen-suplemen yang penting sebagai tambahan untuk membantu kita menjaga kesihatan diri.

* Suplemen multivitamin /mineral yang komprehensif dan seimbang dengan sekurang-kurangnya
   450mg kalsium dan vitamin D adalah memadai dan munasabah.







* Pastikan anda mengambil protein yang mengcukupi setiap hari. Ia adalah bahan pembina tubuh 
   paling asas, untuk mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat.





* Cuba tingkatkan pengambilan asid lemak omega 3, EPA dan DHA yang dikaitkan dengan 
   pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaiki tindak balas metabolik dan
   keradangan.



* Nutrien anti oksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada penuaan, jadi pastikan anda
  mengambil anti oksidan seperti vitamin C dan E serta beta karotena.  





* Pastikan pengambilan vitamin B yang penting seperti asid folik, vitamin B6 dan B12 untuk
   membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan yang sihat.


  * Akhir sekali, dapatkan nutrisi probiotik untuk menyokong penghadaman yang sihat dan fungsi  imun.


KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN 

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor penting dalam membincangkan kepentingan menjaga kesihatan. Kita menjaga kesihatan bukan sekadar untuk sihat secara luaran dan dalaman, malah dengan menjaga kesihatan, kita sebenarnya memberi kesan kepada masyarakat, organisasi dan banyak lagi kerana kesihatan kita sangat mempengaruhi produktiviti kita.




Sesungguhnya amalan gaya hidup sihat amat penting kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan yang baik serta optimun. Jadikanlah, menjaga kesihatan merupakan satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah.

                                                   HIDUP SIHAT                                      HIDUP HEBAT 

           Jadikan Sebahagian Daripada
                                       Shaklee effect

 Hubungi Nur seperti yang tertera di bawah untuk mendapatkan lagi fungsi-fungsi dan kebaikan vitamin Shaklee :-

                      Talian ~~    Whatsapp / Telegram : 013-5048258

                               http://www.wasap.my/+60135048258/jom cantik
                                                                    Fb : Nur Farihah II
                                                                    IG : nur_farihah89

 

               

                                                           

 

                                                                                                                                                   

 

                                          

                         

                                                  

 




No comments:

Kenapa protein berasaskan tumbuhan menjadi pilihan yang lebih baik

                               KENAPA PROTEIN BERASASKAN TUMBUHAN MENJADI                                                         PILIHAN  ...